fbpx

Kak Lina Pom Pom berkerusi roda hoskan GV9

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Elly berkerusi roda ketika mengacarakan Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) malam ini.

SHAH ALAM – Biarpun mengalami kecederaan kaki, itu tidak menghalang Elly Mazlein melunaskan tanggungjawab mengacarakan konsert minggu ketujuh Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).

“Bonda, ini lutut ‘lari’. Lutut terseliuh,” jelas Elly atau mesra disapa dengan nama Lima Pom Pom mengadu kepada salah seorang juri, Hetty Koes Endang.

Terdahulu, Elly, 41, memaklumkan dirinya mengalami kecederaan di bahagian kaki disebabkan terjatuh ketika menjalani penggambaran sebuah drama.

“Apabila tak disangka-sangka,” demikian tulis dalam Instagram seraya disertakan dengan gambar bahagian lututnya yang dipakai dengan penyokong lutut.

Menerusi hantaran sama, Elly mengucapkan terima kasih kepada penerbit, Shahrulezad Mohameddin dan Fazli Baharom serta beberapa warga dari produksi Radius One kerana membantunya.

“Terima kasih sayang-sayang saya, Shahrulezad, Radius One, Encik Fazli, Encik Sham, artis, dan kru pasukan manjakan Kepom (saya) sangat.

“Tolong Kepom siap letak ‘spray’ lah, ais lah, beli itu, beli inilah untuk si budak lutut yang meletup ini.

“Siap panggil orang fisioterapi datang periksa lutut. Terima kasih,” tulisnya.

Elly bagaimanapun memaklumkan bahawa kecederaannya tidak terlalu serius.

“Alhamdulillah, tak serius. Cuma berjalan itu agak tak seperti Miss World lah dik,” tulisnya.

Namun, Elly tidak menjelaskan dengan terperinci, bagaimana insiden itu berlaku.

Rata-rata, peminat dan pengikutnya dalam Instagram mendoakan kesejahteraannya dan memintanya supaya berhati-hati ketika mengacarakan program Gegar Vaganza 9 malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI