fbpx

Focus Dynamics ambil alih kepentingan dalam Brahims

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenama Brahim dalam industri F&B, akan membantu Focus Dynamics menyusun strategi memodenkan operasi sedia adanya.

KUALA LUMPUR – Focus Dynamics Group Bhd. (Dynamic Focus) telah mengambil alih kepentingan 12.19 peratus dalam Brahims Holdings Bhd. (Brahims) seiring dengan usaha syarikat untuk meluaskan portfolionya dalam industri makanan dan minuman (F&B).

Pengarah Eksekutif Focus Dynamics, Benson Tay berkata, pengambilalihan dalam dapur pusat terbesar di Malaysia itu akan membolehkan syarikat memperbaharui model perniagaan tradisionalnya sebelum ini.

Menurut beliau, melalui usaha tersebut, ia bakal menyuntik elemen teknologi digital dengan membangunkan konsep dapur moden seperti rangkaian e-dapur moden selain menawarkan perkhidmatan F&B berkualiti dan cekap.

“Ia juga seiring dengan usaha bersepadu syarikat untuk menaik taraf perkhidmatan F&B kepada persekitaran lebih digital dan moden,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Brahims adalah peneraju perkhidmatan penyediaan makanan dalam penerbangan terkemuka dengan perniagaannya merangkumi pelbagai bidang termasuk perkhidmatan logistik, penyimpanan, katering dan restoran.

Dapur pusat Brahims yang turut diiktiraf sebagai pusat halal terbesar dunia menyediakan sehingga 60,000 juadah sehari.

Selain itu, Tay menjelaskan, melalui pengambilalihan berkenaan juga, syarikat dapat meneroka rangkaian perdagangan antarabangsa menerusi syarikat penerbangan dan penyediaan makanan dalam pesawat.

“Dengan memiliki akses kepada dapur pusat terbesar yang memiliki rangkaian pelanggan sedia ada yang kukuh, maka ia akan membolehkan kami mengubah beberapa konsep untuk menjadi operasi lebih berdaya maju lebih pantas,” ujarnya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI