PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah sehingga pukul 9 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, cuaca buruk itu turut diramal berlaku di Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak bagi tempoh sama.
“Pulau Pinang di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan. Perak di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
“Kelantan di Machang, Kuala Krai dan Gua Musang. Terengganu di Hulu Terengganu dan Kemaman. Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera dan Rompin.
“Selangor di Hulu Selangor dan Hulu Langat. Negeri Sembilan di Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin. Johor di Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi. Sarawak di Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman) dan Betong,” kata MetMalaysia hari ini.
Menurut MetMalaysia, amaran cuaca buruk itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Jelas MetMalaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE