fbpx

Objek ditemui di Melaka mungkin gigi dinosaur – Perzim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Inilah gigi dinosaur yang didakwa dijumpai Suhaimi di perairan muara Sungai Lereh, Melaka, tiga bulan lalu.

MELAKA – Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) tidak menolak kemungkinan objek yang dijumpai seorang lelaki ketika menjala di perairan muara Sungai Lereh, tiga bulan lalu adalah fosil gigi dinosaur.

Pengurus Besar Perzim, Mohd. Nasruddin Rahman berkata, reptilia pupus itu pernah mendiami benua ini pada 200 juta tahun lampau, namun objek itu perlu dihantar kepada pakar paleontologi untuk kajian lanjut.

“Kami akan bekerjasama dengan Institut Alam dan Tama­dun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.

“Kemungkinan (fosil dinosaur) itu ada kerana sebelum ini juga ada penemuan fosil termasuk di Pahang pada tahun 2014 membabitkan gigi Dinosaur Herbivorous Ornithischian yang hidup dalam tempoh permulaan zaman Jurassic hingga Cretacious,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Tambahnya, kajian itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan dan jika disahkan fosil haiwan prasejarah, siasatan lebih ekstensif akan dilakukan termasuk kedudukan kawasan penemuannya.

“Jika ini adalah fosil gigi dinosaur, penemuan ini adalah yang pertama kali di Melaka dan ketiga dalam negara selepas di Pahang dan Tasik Kenyir, Terengganu,” katanya.

Sabtu lalu, Kosmo! melaporkan seorang lelaki di Tangga Batu di sini, Suhaimi Hussin, 43, mendakwa menjumpai fosil berupa gigi haiwan yang dipercayai dari zaman prasejarah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI