fbpx

Kluster Telaga diisytiharkan tamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kluster Telaga di Kedah yang mempunyai mutasi DG14G menyerupai virus di Kluster PUI Sivagangga ditamatkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tersebut diisytiharkan tamat selepas tamat tempoh pengawasan 28 hari.

“Kluster ini melibatkan 16 warganegara dan tidak melibatkan kes kematian.

“Sebelum ini, ujian makmal menunjukkan virus kluster ini mempunyai mutasi D614G menyerupai virus Kluster PUI Sivagangga dan Tawar,” katanya.

Setakat ini, sebanyak 102 kluster telah ditamatkan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI