fbpx

Anak berkorban serah gaji demi ibu sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Mastura (kanan) dan isterinya, Wan Saadiah menerima bantuan kerusi roda hasil sumbangan Pertubuhan Insan Perihatin Kluang yang disampaikan oleh Mohammad Haizan (kiri) di rumah pasangan itu di Kampung Palembang Baru, Kluang, Johor baru-baru ini.

KLUANG – Walaupun bergaji kecil, dua beradik perempuan sanggup berhabis demi kesihatan ibu mereka yang menghidap darah tinggi, sakit tempurung lutut, selain masalah penglihatan sejak empat tahun lalu.

Mereka yang bekerja sebagai operator pengeluaran kilang di Johor Bahru dan pembantu jualan di pasar raya di ibu negara menyerahkan sebahagian pendapatan masing-masing kepada ibu bapa di kampung.

Mohd. Mastura Suadak, 44, berkata, pengorbanan besar dua anaknya itu membolehkan iste­rinya, Wan Saadiah Wan Samsudin, 63, mendapat rawatan sempurna untuk mengubati penyakit yang dihidapinya.

Katanya, walaupun wang yang diberikan tidak mencukupi untuk menampung kos keseluruhan perubatan dan keperluan dapur, namun pengorbanan itu cukup besar ertinya buat mereka.

“Setiap bulan, kami perlu membelanjakan RM600 hingga RM800 untuk kos perubatan isteri dan keperluan dapur. Selain itu, kami juga perlu menjelaskan bil air dan elektrik.

“Kalau nak harapkan pendapatan saya sebagai tukang rumah, tempahan makin kurang sejak akhir-akhir ini,” katanya.

Sebelum itu, Mohd. Mastura menerima kunjungan daripada Ketua Pengerusi Pertubuhan Insan Perihatin Kluang, Mohammad Haizan Jaafar yang menye­rahkan bantuan kerusi roda untuk kegunaan Wan Saadiah di rumahnya di Kampung Palembang Baru di sini baru-baru ini.

Menurutnya, antara bara­ngan lain yang diperlukan adalah lampin pakai buang iaitu tiga hingga empat keping yang digunakan dalam sehari.

Untuk itu, mereka terpaksa menggunakan duit simpanan bagi menampung kos tersebut.

“Setakat ini kami tidak mene­rima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak termasuklah Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Majlis Agama Islam Negeri Johor,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban Wan Saadiah boleh menyalurkan terus ke akaun Bank Islam bernombor 01050025958430.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI