fbpx

Safawi ikrar kekal dalam skuad utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAFAWI bertekad untuk terus memastikan posisi dalam kesebelasan utama menjadi miliknya menjelang aksi kedua menentang PJ City malam ini.

PEMAIN sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid tekad untuk merebut peluang sertai kesebelasan utama dalam usaha membantu pasukan mara ke pering­kat suku akhir Piala Malaysia menjelang aksi pusingan kedua menentang Petaling Jaya City (PJ City) malam ini.

Sebagai rekod, skuad Harimau Selatan sudah meletakkan ‘sebelah kaki’ ke kelompok lapan pasukan terbaik susulan kemenangan bergaya 4-0 ke atas The Phoenix pada perlawanan pertama di Pe­taling Jaya minggu lalu.

Safawi yang turut mencipta nama sebagai penjaring pada aksi tersebut percaya barisan pemain sudah membawa bekalan selesa untuk memastikan aksi di Stadium Sultan Ibrahim nanti boleh diharungi tanpa tekanan.

“Saya sangat gembira dapat menjaringkan gol buat pasukan dan sudah tentu ia menyuntik motivasi tambahan buat saya kerana sudah lama tidak diturunkan dalam kesebelasan utama sebelum ini.

“Di atas kertas, memang keputusan (4-0) yang diraih agak selesa, tetapi kita masih memiliki 90 minit di laman sendiri. Saya harap semua pemain terus pamerkan prestasi terbaik nanti,” kata pemain berusia 25 tahun ini.

Sementara itu, pertahanan JDT, Shahrul Saad turut puas apabila dapat menjaringkan gol ketika menewaskan PJ City selain percaya semua pemain memainkan peranan masing-masing meskipun tanpa kelibat penyerang utama, Bergson Da Silva.

“Secara peribadi, sudah lama saya menunggu lakukan jaringan untuk JDT pada musim ini dan sangat gembira kerana berjaya mendapatkan gol buat pasukan dalam perlawanan lepas.

“Bukan kami tidak perlukan Bergson, tetapi paling penting semua pemain menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi selain siapa sahaja boleh membantu pasukan,” katanya.

JDT kini memburu trofi Piala Malaysia pertama sejak edisi 2019 selepas hanya terpaksa berpuas hati dengan status naib juara tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI