fbpx

Russia, China ‘rampas’ takhta peneraju sektor tenaga nuklear dari AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangunan reaktor nuklear Turkey Point di Homestead, Florida. - AFP

VIENNA, Austria – Amerika Syarikat (AS) yang selama ini dikenali sebagai peneraju dalam industri tenaga nuklear awam dilaporkan kehilangan status tersebut kepada Russia dan China, lapor laman berita RT kelmarin.

Perkara tersebut didedahkan oleh Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi, dalam satu ucapan di persidangan anjuran badan pemikir, Carnegie Endowment for International Peace (CEIP).

Presiden CEIP, Mariano-Florentino Cuellar bertanya kepada Grossi sama ada industri nuklear awam AS boleh kembali menonjol memandangkan negara itu bukanlah pemain ekonomi yang sama dalam teknologi nuklear komersial seperti Russia dan China.

“Saya berpendapat ini adalah satu cabaran untuk Washington. Ia kebiasaannya dikenali sebagai peneraju dan kini, telah kehilangan status kepimpinan tersebut.

“Namun, saya mendapat tahu Setiausaha Tenaga AS, Jennifer Granholm berkata bahawa mereka mahu mendapatkan kedudukan tersebut. Sudah tentu, Washington perlu membuktikan kata-katanya,” kata Grossi.

Grossi menyatakan bahawa model perniagaan Russia dan China yang lebih fleksibel membolehkan ia mengeksport teknologi nuklear ke luar negara.

Pada masa sama, beliau melahirkan keyakinan bahawa AS mempunyai kapasiti teknologi untuk mengukuhkan industri nuklear domestiknya dan berkembang ke pasaran asing.

Granholm pada bulan lalu berkata bahawa di bawah pentadbiran Presiden Joe Biden, Washington komited untuk mewujudkan semula AS sebagai peneraju dalam tenaga nuklear yang bukan bagi tujuan penggunaan ekstrem dan tindakan iklim.

Menurut laporan Julai oleh firma tenaga, S&P Global Commodity Insights, bahagian pasaran bagi output penjanaan tenaga nuklear di AS dan Eropah dijangka berkurangan daripada kira-kira 20 peratus kepada 15 peratus menjelang 2035, manakala China merancang untuk menggandakan output kepada hampir 10 peratus. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI