fbpx

Tindakan diperketatkan di ESSZONE mulai 11 Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PUTRAJAYA – Pergerakan keluar bot kecil dari pulau-pulau di perairan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) ke tanah besar termasuk pergerakan bot di kawasan pesisiran pantai bagi tujuan membeli makanan dan keperluan asas hanya dibenarkan mulai pukul 6 pagi hingga 2 petang.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, itu merupakan antara tindakan baharu yang akan diperkenalkan di kawasan pesisir pantai ESSZONE bermula 11 Oktober ini.

Katanya, selain itu, bot-bot nelayan dan bot membawa ikan yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan di perairan ESSZONE hanya dibenarkan dari pukul 6 pagi hingga 6 petang.

“Bagi bot-bot tersebut, hanya boleh berbuat demikian di jeti-jeti yang dibenarkan dan kebenaran ini tertakluk kepada permit yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah berkenaan,” katanya.

Tambahnya, semua Kapal Bukan Konvesional (NCS) dari Indonesia dan Filipina yang memasuki perairan ESSZONE, Sabah, Malaysia bagi tujuan aktiviti Barter Trade dan Transhipment adalah tidak dibenarkan.

“Bagi memperketatkan kawalan di Pantai Timur Sabah, kerajaan telah menambah jumlah anggota dan aset keselamatan untuk mengekang kedatangan pendatang asing tanpa izin dari negara jiran,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI