fbpx

EPL: Fantasi Potter akhirnya terhenti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POTTER mengakui tersilap melakukan percaturan menyebabkan Chelsea menanggung kekalahan berdepan Brighton kelmarin. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Graham Potter mengalami kekalahan pertama sejak mengambil alih pasukan itu apabila dimalukan Brighton 1-4 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Amex malam kelmarin.

Dua gol sendiri menerusi Ruben Loftus-Cheek dan Trevoh Chalobah selain masing-masing satu gol hasil jaringan Leandro Trossard dan Pascal Gross sudah cukup untuk memberikan pengajaran berguna buat The Blues.

Potter tanpa berselindung mengakui, beliau tersilap me­lakukan percaturan dengan meletakkan Raheem Sterling dan Christian Pulisic sebagai pemain sayap bertahan menyebabkan strateginya itu dipertikai.

“Tugas dua pemain itu bukanlah untuk bertahan, tetapi saya faham apabila sesuatu perkara tidak terjadi seperti yang dimahukan, kami akan kelihatan bodoh. Bagaimanapun, saya terima kekalahan ini dengan hati terbuka.

“Saya anggap ini sebagai pro­ses pembelajaran dan semua pemain perlu sedar apa yang perlu diperbaiki. Kami akan belajar dan tampilkan aksi lebih baik dalam perlawanan seterusnya,” kata bekas pengendali Brighton itu.

Dalam pada itu, beliau berpendirian untuk tidak memohon maaf kepada penyokong Brighton yang mengherdik beliau dan pemain pertahanan, Marc Cucurella kerana meninggalkan pasukan tersebut untuk menyertai Chelsea.

“Tidak perlu untuk meminta maaf kerana saya lakukan tugas yang baik bersama mereka (Brighton) sebelum ini. Ketika saya ambil alih dahulu, mereka berada hampir dengan zon pe­nyingkiran dan mungkin pasukan ketiga terburuk ketika itu.

“Kemudian, kami berjaya dapatkan dana menerusi penjualan pemain dan ia digunakan bagi mendapatkan pemain terbaik. Oleh itu, saya harap pengurus baharu dapat teruskan tugas de­ngan baik,” ujar Potter.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI