fbpx

Kanak-kanak 3 tahun putus kepala dibaham singa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Singa itu masih bebas dan gagal ditangkap oleh pihak berkuasa. - Alamy

NEW DELHI – Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di negeri Gujarat, India maut dibaham seekor singa selepas haiwan itu berjaya melarikan mangsa dari pegangan ibunya, lapor akhbar The Sun semalam.

Mangsa, Nitin Rakeshbhai Mehda sedang bersiar-siar bersama keluarganya di sebuah ladang di Ghanshyam Nagar apabila singa itu keluar dari dalam hutan berhampiran dan menerkamnya.

Haiwan pemangsa itu berjaya mengheret Nitin ke dalam hutan ketika perkhidmatan kecemasan bergegas ke tempat kejadian.

Semasa operasi mencari, polis membuat penemuan mengerikan di mana dua anggota badan mangsa yang terputus iaitu kepala dan kakinya ditemui.

Pihak berkuasa yang cuba menjejaki haiwan itu telah memasang perangkap dalam usaha untuk menjeratnya namun setakat ini, singa itu masih gagal ditangkap. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI