fbpx

Unisel nafi ambil tanah penduduk Kampung Bestari Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan penduduk yang melakukan bantahan semalam.

SHAH ALAM – Universiti Selangor (Unisel) menafikan mengambil tanah penduduk Kampung Bestari Jaya sebaliknya tanah tersebut adalah milik universiti yang dicerobohi.

Pejabat Komunikasi Korporat Unisel berkata, Unisel cukup bertoleransi selama ini dengan membenarkan penanaman tanaman kontan tanpa mengenakan sebarang bayaran sedangkan universiti membayar ribuan ringgit setahun cukai tanah.

Katanya, berdasarkan rekod Presiden merangkap Naib Canselor Unisel, Prof Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman mengambil inisiatif sebelum ini dengan bertemu penduduk Kampung Bestari Jaya.

“Perbincangan ini juga telah berlangsung di pelbagai peringkat bagi menjelaskan perancangan melibatkan tanah milik universiti diusahakan penduduk kampung yang sememangnya mempunyai
hubungan baik dengan Unisel.

“Hasilnya, UNISEL bermurah hati membenarkan penduduk meneruskan aktiviti di tanah milik universiti dengan syarat hanya tanaman kontan sahaja dibenarkan. Pihak pengusaha juga harus bersedia menyerahkan kembali tanah apabila diperlukan selepas ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan lebih 1,000 penduduk Kampung Bestari Jaya di sini, melahirkan rasa kesal dengan tindakan sebuah universiti swasta yang didakwa cuba mengambil tanah, kawasan yang didakwa diusahakan mereka.

Jelas Pejabat Komunikasi Korporat Unisel, sikap murah hati Unisel sebelum ini bagaimanapun tidak dihormati apabila ada segelintir penduduk yang cuba merubah status tanah milik universiti.

Ujarnya, ini termasuk menanam pokok kekal dan pokok yang terlarang, serta mendirikan bangunan selain terdapat mewariskan tanah Unisel kepada waris dan pihak lain seolah-olah tanah sudah menjadi milik mutlak mereka.

“Justeru, Unisel kini memutuskan untuk menarik balik persetujuan yang telah diberikan ke atas penggunaan tanahnya yang selama ini diberi kebenaran secara percuma apabila adanya provokasi melampau yang dilakukan oleh segelintir penduduk.

“Unisel juga tidak menolak untuk mengambil tindakan undang-undang melalui mahkamah,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI