fbpx

PRU15: Masalah kesihatan bukan halangan Hadi Awang pertahan Parlimen Marang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

KUALA NERUS – Tahap kesihatan yang semakin merosot dan faktor umur bukan halangan buat Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bertanding mempertahankan Parlimen Marang buat kali ke-11 pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Anak sulungnya, Dr. Muhammad Khalil berkata, beliau yakin ayahnya masih bersemangat untuk terus memberi perkhidmatan kepada rakyat.

“Soal kesihatan, sesiapa sahaja akan berdepan masalah kesihatan dan kalau faktor umur pula, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sudah lebih 90 tahun pun pernah menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.

“Saya rasa tiada masalah (Abdul Hadi terus bertanding). Ia juga telah disahkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sekali gus menamatkan teka teki berhubung kerusi Parlimen Marang,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok menerima Ijazah Doktor Falsafah pada majlis Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ke-14.

Sebelum ini, desas-desus mengatakan Abdul Hadi mungkin berundur daripada kerusi Parlimen Marang yang dipertahankannya sejak tahun 1978 berikutan masalah kesihatan berkaitan jantung dialaminya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, beliau menewaskan dua pencabarnya iaitu Mohamad Nor Endot (Barisan Nasional) dan Zawawi Sulong (Parti Keadilan Rakyat) dengan majoriti 21,954 undi.

Dalam pada itu, Muhammad Khalil enggan mengulas sama ada beliau turut disenarai Pas sebagai calon di kerusi Parlimen pada PRU15 ini.

Sebaliknya bekas Ketua Pemuda Pas itu meminta menunggu hari pengumuman calon parti itu pada 3 November ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI