fbpx

713 anggota perubatan bertugas di PPS Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Seramai 713 anggota perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) akan ditempatkan di semua pusat pemindahan sementara (PPS) yang bakal beroperasi pada musim tengkujuh tidak lama lagi.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, kesemua anggota perubatan itu akan dibahagikan kepada dua pasukan.

“Pasukan pertama terdiri daripada 346 anggota bertanggungjawab melaksanakan aktiviti pencegahan kawalan penyakit sebelum, semasa dan pasca banjir di PPS dan kawasan terjejas banjir lain.

“Mereka dibahagikan kepada unit kecil terdiri daripada penolong pegawai kesihatan persekitaran, pembantu kesihatan awam dan pemandu,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Kasemani berkata, pasukan kedua yang dianggotai 367 orang pula akan melaksanakan pemeriksaan kesihatan, rawatan dan rujukan di PPS terlibat.

Jelas beliau, pasukan kedua berkenaan terdiri daripada pegawai perubatan, pembantu pegawai perubatan, jururawat terlatih serta pemandu.

“Kemua petugas kesihatan telah diingatkan agar mengamalkan konsep penilaian risiko bagi memastikan perkhidmatan diberi cepat, cekap, teratur dan berkesan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI