fbpx

Kedah lanjut tempoh bebas niaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi ketika membentangkan Bajet 2023 Kedah pada Mesyuarat Ketiga DUN di Wisma Darul Aman, Alor Setar Kedah hari ini.

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah melanjutkan tempoh zon bebas berniaga yang berakhir hujung tahun ini sehingga 31 Disember 2023.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, beberapa zon bebas niaga yang berpotensi juga telah dikenal pasti untuk dibangunkan.

Katanya, kawasan yang sesuai itu akan dinaik taraf menjadi pusat penjaja kecil yang sempurna dengan kemudahan lebih selesa kepada penjaja dan pelanggan.

“Kerajaan negeri akan membantu usahawan seperti ini melalui bantuan menyediakan kios di lokasi yang sesuai.

“Dasar zon bebas berniaga akan dikeluarkan bagi membantu golongan terkesan semasa pandemik Covid-19,” katanya ketika membentangkan Bajet 2023 Kedah pada Mesyuarat Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri mendapati pelaksanaan dasar itu dapat membantu golongan penjaja untuk meneruskan kehidupan.

Kedah memperkenalkan dasar zon bebas niaga itu sejak November 2020 bagi membolehkan peniaga kecil berniaga di jalanan dekat lokasi dibenarkan oleh PBT kawasan terlibat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI