fbpx

JPJ P. Pinang keluar 108 notis dalam Ops PeWA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa anggota JPJ Pulau Pinang membawa turun sebahagian daripada motosikal yang disita dalam Op PeWA, kelmarin.

SEBERANG PERAI – Sebanyak 108 notis saman dan teknikal atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dalam satu operasi yang memfokuskan penunggang dan pemandu warga asing atau Ops PeWA, di sini kelmarin.

Menurut JPJ negeri dalam satu kenyataan, operasi selama dua jam itu dijalankan di sekitar kawasan Jalan Perusahaan Perai dengan kekuatan anggota seramai 13 orang termasuk seorang pegawai.

Katanya, penguatkuasaan itu bertujuan memastikan penunggang dan pemandu warga asing khususnya mematuhi undang-undang jalan raya selain memiliki lesen memandu serta lesen kenderaan motor (LKM) yang sah semasa memandu kenderaan di negara ini.

“Sepanjang operasi ini dijalankan juga, sebanyak tujuh buah motosikal yang ditunggang oleh warga asing telah disita dan disaman atas kesalahan tiada lesen memandu, LKM tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans.

“Pecahan warganegara yang ditahan dan diperiksa pula membabitkan dua warga Myanmar dan dua warga Indonesia selain masing-masing satu warga Pakistan, Bangladesh dan lndia,” kata kenyataan itu.

Jelasnya, penguatkuasaan seperti itu akan dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa.

Pada masa sama, tindakan tegas juga akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana penunggang atau pemandu warga asing yang enggan mematuhi peraturan serta undang-undang yang ditetapkan semasa memandu di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI