fbpx

186 lokasi berisiko kepala air ditutup bermula November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin (tengah) menyampaikan hadiah kepada pemenang yang menyertai Seminar Pemerkasaan Ekopelancongan Sumber Asli di sebuah resort di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu sebentar tadi. FOTO MUSTAQIM MOHAMED

KOTA BHARU – Sebanyak 186 lokasi berisiko berlaku kejadian kepala air seluruh negara akan ditutup bermula November sehingga Januari depan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan, Jabatan Mineral dan Geosains juga telah memberi amaran kepada penduduk setempat agar tidak melakukan sebarang aktiviti di kawasan rekreasi berisiko berlaku kejadian kepala air sepanjang musim tengkujuh.

Menurutnya, kejadian kepala air akan berlaku dalam tempoh 30 tahun sekali seperti yang berlaku di Baling, Kedah baru-baru ini.

“Lokasi-lokasi berisiko yang akan ditutup termasuk di Kelantan iaitu di Gunung Stong, Kuala Krai dan Jeram Linang, Pasir Puteh,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Pemerkasaan Ekopelancongan Sumber Asli di Resort Pantai Cahaya Bulan di sini sebentar tadi.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya telah mengenal pasti sebanyak 5,500 lokasi berisiko banjir dan 186 kawasan yang berkemungkinan berlaku kepala air di seluruh negara.

Menurutnya, Kementerian Dalam Negeri juga telah berbincang mengenai kelengkapan dan logistik untuk menggunakan semua aset yang ada termasuk bot, kereta, lori dan pengangkutan udara. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI