fbpx

Suami curang dengan isteri orang, masing-masing sanggup tinggal keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Hidup berumahtangga pastinya mempunyai bermacam ujian dan cabaran untuk melihat sejauh mana ketabahan pasangan suami isteri itu mempertahankan keluarga mereka.

Namun, ada juga pasangan yang mengambil kesempatan atas kebaikan pasangan sendiri untuk berlaku curang dalam diam.

Menerusi perkongsian seorang wanita di Facebook hari ini, dia memaklumkan suaminya telah curang dengan isteri orang sehingga sanggup berhabis wang untuk memuaskan kehendak kekasihnya itu.

Lebih malang, tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kepada dua orang anak terus dilupakan apabila nafkah yang sewajarnya diberi tidak dilaksanakan lelaki tersebut.

“Genap 11 tahun perkahwinan saya diuji oleh Allah suami curang bercinta dgn isteri orang dan dalam beberapa bulan mereka bercinta suami nekad nak berkahwin dengan wanita itu.

“Jadi kami bercerai di mahkamah yang sama, saya dengan suami dan wanita tu bercerai dengn suaminya juga.

“Dari masih berkahwin sehingga selepas bercerai suami tak prnah bagi nafkah atau nafkah anak walau sekali pun,” luahnya.

Katanya, dia terpaksa bekerja sebagai pembantu kedai makan demi menampung perbelanjaan hidup bersama anak-anaknya.

Menurut wanita itu lagi, perkahwinan kedua suaminya tidak bertahan lama dan selepas hampir setahun bernikah, lelaki itu meninggalkan wanita berkenaan yang juga merupakan ibu kepada lima orang anak.

“Tak sampai pun setahun lepas itu suami bercerai, suami pujuk saya balik dengan dia dan tanpa fikir panjang terus terima, sekarang dah 19 tahun kami hidup bersama.

“Tapi tiada perubahan perangai suami tetap sama dan sudah banyak kali curang dan sekarang tinggalkan saya dan anak-anak tanpa sebarang berita,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI