fbpx

Makanan tambahan punca wanita muda hidap kanser payu dar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imi Sairi (kiri) menerima replika cek yang disumbangkan oleh Menteri Besar Kelantan untuk YKKK pada Program Pink Walk di Taman Perbandaran Tengku Anis, Kota Bharu hari ini. FOTO ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Pengambilan makanan tambahan yang kononnya mampu meningkatkan kesihatan dan kecantikan merupakan antara punca ramai golongan wanita muda di negara ini menghidap penyakit kanser payu dara.

Pengerusi merangkap Pengasas Yayasan Kaseh Kanser dan Kronik (YKKK), Datuk Dr. Imi Sairi Ab. Hadi berkata, hasil kajian mendapati, selain daripada keturunan, kanser payu dara tahap satu hingga tiga juga boleh tercetus daripada pengambilan makanan tambahan.

Menurutnya, punca tersebut dapat dikaitkan apabila kes kanser payu dara dalam kalangan wanita muda berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun meningkat dua kali ganda.

“Kita tiada jumlah kes kanser payu dara yang terperinci, namun angkanya meningkat dua kali ganda.

“Pengambilan makanan tambahan antara faktor yang menyebabkan sel kanser payu dara terutamanya melibatkan pesakit wanita,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Pink Walk di Taman Perbandaran Tengku Anis di sini hari ini.

Program yang melibatkan 1,030 peserta yang terdiri daripada pesakit kanser, penjawat awam dan orang awam berjalan kaki sejauh 3.5 kilometer itu dirasmikan oleh Tengku Puan Temenggong Kelantan, Tunku Puan Sri
Datuk Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.

Mengulas lanjut, Imi Sairi yang juga Pengasas Kelab Kanser Payu Dara berkata, oleh itu, individu yang dikesan mempunyai tanda-tanda awal menghidap kanser payu dara seperti benjolan supaya melakukan pemeriksaan segera sebelum keadaan lebih parah.

Menurutnya, mereka dinasihatkan supaya tidak mengambil pemakanan tambahan yang belum tentu selamat malah terdedah kepada risiko penyakit kanser.

Ketika ditanya mengenai kanser payu dara dalam kalangan lelaki, menurutnya, berdasarkan statistik, hanya satu peratus atau seorang daripada 100 individu lelaki dikesan menghidap kanser payu dara.

“Setakat ini, saya sudah merawat 20 pesakit lelaki yang menghidap kanser payu dara Kelantan dalam tempoh 20 tahun. Setakat ini, hanya seorang sahaja yang masih hidup.

“Golongan lelaki perlu membuang sikap ego kerana mereka juga terdedah dengan penyakit itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI