LONDON – Polis Britain sedang mengesan seorang penunggang motosikal yang terjatuh selepas menendang cermin sisi sebuah kereta polis yang diletakkan di bahu jalan, lapor akhbar Daily Star, semalam.
Dalam satu rakaman video yang dimuat naik di laman Twitter, lelaki itu dilihat menunggang motosikal di Churchill Drive pada Isnin lalu sementara rakannya menunggang sebuah motosikal beroda empat.
Lelaki itu terjatuh bersama motosikalnya selepas cuba menendang cermin sisi kereta polis.
Rakannya yang memandu di laluan pejalan kaki bergegas membantunya.
Lelaki itu kelihatan tidak cedera tetapi terpaksa membetulkan seluarnya yang terseret ketika terjatuh.
Dia menaiki motosikalnya semula sebelum melarikan diri bersama rakannya.
Polis melancarkan operasi mengesan dua lelaki itu selain mencari lokasi dua motosikal itu disembunyikan.
“Saya menerima rakaman ‘rakan’ kita bermain di Churchill Drive pada Isnin lalu. Kejadian ini sistem televisyen litar tertutup.
“Jika anda mengenal atau tahu di mana motosikal-motosikal itu disembunyikan, sila maklumkan kepada kami,” kata inspektor Luke Hughes dari Balai Polis Wales Utara. – Agensi