fbpx

Anjing gonggong kepala manusia di jalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANJING itu dirakam menggonggong kepala manusia ketika melarikan diri di jalan. - vallartadaily

BANDAR RAYA MEXICO – Sebuah klip video tular di media sosial memaparkan seekor anjing berlari di sebatang jalan di Mexico sambil menggonggong kepala manusia yang dipenggal selepas mayat mangsa ditinggalkan berhampiran sebuah mesin pengeluaran automatik (ATM), lapor akhbar Daily Star semalam.

Penduduk bandar Monte Escobedo, negeri Zacatecas ketakutan apabila melihat haiwan itu melarikan diri dari tempat kejadian sambil menggonggong kepala manusia yang ditinggalkan tengah malam Rabu lalu.

Polis belum menyiasat kes pembunuhan itu ketika anjing liar tersebut melarikan kepala mangsa.

Paparan video menunjukkan anjing itu menuju ke jalan yang gelap sambil menggonggong kepala manusia. Ia dipercayai mencari tempat selamat untuk memakannya. Polis bagaimanapun berjaya merampas kembali kepala berkenaan.

Menurut polis, mayat tersebut ditinggalkan bersama mesej amaran bermaksud: “kepala seterusnya adalah kepala anda”.

Mesej itu didakwa dihantar oleh kartel dadah paling digeruni di Mexico, Jalisco New Generation Cartel (CJNG) yang diketuai  El Mencho.

El Mencho merupakan antara orang buruan paling dikehendaki di Mexico, manakala Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat (AS) menawarkan ganjaran AS$10 juta (RM47.2 juta) untuk maklumat yang membawa kepada penahanannya.

Dia dipercayai meningkatkan serangan sebagai tindak balas terhadap ekstradisi anaknya, Ruben Oseguera Gonzalez, ke AS.

Gonzalez dikehendaki oleh AS sejak 2017 selepas laporan terbaru mengenai CJNG mendapati kartel itu beroperasi di sekurang-kurangnya 35 negeri, termasuk wilayah Puerto Rico. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI