fbpx

Tujuh kampung di Semporna, Kunak dikenakan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PUTRAJAYA – Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di enam lokaliti di Semporna, dan satu di Kunak, Sabah membabitkan 35,643 penduduk.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di tujuh lokaliti terbabit dilaksanakan berikutan terdapat peningkatan kes penularan Covid-19.

“Menerusi pelaksanaan PKPD di kawasan terlibat, pergerakan keluar masuk penduduk adalah dihadkan.

“Kerajaan negeri akan mengagihkan bantuan makanan kepada penduduk terjejas dan perkara ini akan dikoordikadinasikan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana Sabah,” katanya pada sidang akhbar menerusi Facebook Live Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, PKPD Bersyarat di Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu di Sabah dilanjutkan bermula 13 hingga 26 Oktober depan.

“PKPD di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan juga di Sabah dilanjutkan sehingga 25 Oktober depan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI