fbpx

Tebuk kontena untuk bawa batu lebih muatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA lori kontena yang ditebuk pada bahagian atas bagi memuatkan batu ditahan di Kilometer 22 Jalan Sungai Chuchuh di sini hari ini.

Oleh NUR NAZLINA NADZARI

PADANG BESAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis menahan tiga buah lori kontena yang diubah suai dengan menebuk bahagian atas kontena bagi memasukkan muatan batu sebelum menuju ke Thailand di Kilometer 22 Jalan Sungai Chuchuh di sini hari ini.

Tiga lori kontena yang memperoleh muatan batu dari kawasan kuari berhampiran ditahan dalam operasi kira-kira pukul 5 pagi.

Pengarahnya, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata, pemeriksaan mendapati bahagian atas kontena ditebuk untuk memuatkan batu selain ketiga-tiga kenderaan berat tersebut juga didapati membawa muatan berlebihan.

“Tiga lori kontena itu membawa muatan lebih daripada berat ditetapkan iaitu 48,000 kilogram dengan masing-masing lebih muatan sebanyak 46.5 peratus menjadi 70,320 kilogram (kg), 45 peratus (69,600 kg) dan 59 peratus (76,320 kg),” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, lori kontena tidak sesuai untuk membawa muatan batu yang berselerak.

Menurut Fatimah, tiga lori kontena itu didapati didaftarkan di bawah syarikat yang sama dari Kelantan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 57(1)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 kerana membawa muatan melebihi had dibenarkan.

“Selain itu, kita juga mengeluarkan notis di bawah Seksyen 61(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu notis arah periksa kenderaan yang mana tiga lori berkenaan perlu menjalani pemeriksaan semula di pejabat JPJ selepas 10 hari,” ujarnya.

Sementara itu, beliau memberitahu, pihaknya mendapat maklumat mengenai kegiatan tersebut sejak bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi sukar mengesan lori kontena terlibat.

“Anggota melakukan intipan selama lapan hari sebelum melakukan operasi yang seterusnya berjaya menahan tiga lori kontena itu pada hari ini,” tambahnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI