fbpx

De Gea mungkin terlepas aksi di Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE GEA (kanan) mungkin tidak akan bersama skuad Sepanyol ke Piala Dunia kali ini selepas namanya tersisih daripada senarai 55 pemain yang dikeluarkan Enrique. – AFP

LONDON – Penjaga gol Manchester United, David De Gea tidak akan beraksi bersama Sepanyol di pentas Piala Dunia Qatar 2022 bermula 20 November ini.

Ia selepas nama De Gea, 31, dilaporkan tersisih daripada senarai awal 55 pemain yang diumumkan oleh Ketua Jurulatih Sepanyol, Luis Enrique sebelum 26 barisan terbaik diumumkan kelak.

Walaupun saiz skuad yang besar, tetapi ia masih tiada ruang buat De Gea berbanding tiga lagi penjaga gol kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersenarai dalam skuad La Roja.

Enrique dikatakan menyenaraikan lima penjaga gol dengan tiga daripadanya hampir pasti tersenarai ke Qatar iaitu Unai Simon (Athletic Bilbao), Robert Sanchez (Brighton) dan David Raya (Brentford).

Pengendali berusia 52 tahun itu juga dikatakan menyenaraikan seorang lagi penjaga gol dari EPL iaitu Kepa Arrizabalaga dari Chelsea dan David Soria (Getafe) jika berlaku sebarang kecederaan.

Berita itu sememangnya mengejutkan ramai pihak memandangkan De Gea sudah ber­aksi 16 perlawanan dalam semua kejohanan bersama United termasuk 11 aksi EPL dan lima Liga Europa.

Sebagai rekod, kali terakhir De Gea menyarung jersi Sepa­nyol adalah sewaktu bermain 90 minit permainan dalam kekalahan 0-1 kepada Ukraine pada aksi Liga Negara-Negara Eropah dua tahun lalu.

Bekas penjaga gol Atletico Mad­rid itu juga hanya memanaskan bangku simpanan apabila sekali lagi dipanggil untuk aksi kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 menentang Sweden pada November tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI