fbpx

Hukuman diterima Red Bull tak berat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RED BULL hanya dikenakan denda tanpa sebarang penolakan mata akibat menggunakan dana yang lebih berbanding yang ditetapkan musim lalu. – AFP

MEXICO – Red Bull Racing mampu menarik nafas lega apabila hanya dikenakan hukuman denda meskipun banyak pasukan Formula Satu (F1) berharap Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) menjatuhkan hukuman lebih berat terutama penolakan mata.

FIA hanya menjatuhkan hukuman denda AS$7 juta (RM33 juta) kepada Red Bull kerana melanggar had peraturan perbelanjaan yang ditetapkan pada kempen Formula Satu (F1) tahun lalu.

Selain hukuman denda, FIA turut mengenakan pengurangan 10 peratus daripada bajet dalam penyelidikan aerodinamik buat pasukan Red Bull untuk membina jentera mereka musim depan.

Berdasarkan laporan antarabangsa yang didedahkan, Red Bull didapati mengeluarkan dana lebih £1.86 juta (RM10.20 juta) pada musim lepas berbanding apa yang telah ditetapkan.

“Mereka menganggap hukuman yang dijatuhkan FIA terhadap kami bukan penalti yang te­ruk, tapi 10 peratus pengurangan bajet di terowong angin dan peralatan lain untuk aerodinamik adalah penalti yang berat.

“Sudah pasti ia akan memberi kesan kepada kemam­puan kami pada tahun depan. Denda sebanyak AS$7 juta juga adalah besar buat kami.

“Dalam tempoh 12 bulan ini akan memberi kesan kepada pembangunan kereta kami pada musim 2023 nanti,” kata Horner.

Keputusan itu sekali gus menutup kemelut terutama me­ngenai soal penarikan semula gelaran dunia yang dirangkul Max Verstappen musim lalu.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI