fbpx

Tanpa pengorbanan, usahawan tak akan ke mana!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZAN OSMAN sewaktu mengendalikan program 10XBBB selama tiga hari di Setia Alam, yang berakhir hari ini.

Anda boleh setuju atau tak bersetuju dengan pernyataan di atas ini.

Pilihan anda, tapi bagi saya, mana ada kejayaan tanpa pengorbanan.

Apa yang saya lihat sendiri sepanjang melatih dan membimbing usahawan, malah pasukan dalam RichWorks sejak lebih 15 tahun dahulu, setiap daripada mereka yang berjaya pastinya ada pengorbanan.

Mereka yang berjaya ini sanggup berkorban untuk mencapai impian.

Tapi kebanyakan orang pula sanggup berkorban duit untuk ‘keseronokan’ bukannya kejayaan.

Seperti mereka yang hadir ke 10X Bina Bisnes Berjaya (10XBBB) bermula Jumaat lalu hingga hari ini.

NORMAN HAKIM antara selebriti yang hadir.

Ada datang dari Sarawak, Sabah malah dari Terengganu dengarnya sampai dua bas rombongan dan satu bas rombongan dari sebuah perniagaan dari Johor.

Mereka ini sanggup berkorban masa, tenaga malah wang ringgit untuk mendapatkan ilmu dan strategi bisnes untuk berdepan cabaran-cabaran saat ini dan akan datang.

Namun kejayaan itu tidak datang sekelip mata, sebaliknya ia merupakan suatu perjalanan.

Umpama naik gunung yang tinggi lebih sukar berbanding jika anda mendaki bukit.

Selain itu, kejayaan juga memerlukan growth mindset agar terus membangun dan berkembang lagi.

KEKURANGAN fizikal bukan penghalang dalam menjalankan bisnes dengan sokongan teknologi.

Baru-baru ini, saya terbaca tentang kebangkitan India dalam dunia korporat dan negara itu.

Tak percaya, lihat siapa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Google, Microsoft, Adobe, Twitter, Mastercard, Pepsi, IBM, Albertsons, Netapp, Nokia, Palo Alto, Arist, Novartis, Deloitte dan terbaharu, Perdana Menteri United Kingdom yang berasal dari India.

Ketika belajar di Columbia Business School, Kellogg School of Management, Stanford dan sekarang di IMD Business School, saya pasti akan jumpa lima warga India yang sanggup untuk belajar dalam kelas-kelas di sekolah bisnes terkemuka dunia ini.

Bahkan pasti akan jumpa mereka dari India, China, Arab Saudi dan Indonesia selain Singapura. Ramai juga yang dihantar oleh kerajaan mereka untuk upgrade pentadbiran serta memacu pertumbuhan negara.

GROWTH MINDSET diberi penekanan oleh Azizan buat usahawan dalam menempuh cabaran masa kini.

Dan dari Malaysia, biasanya saya seorang saja.

Perkara ini buat saya nampak sebagai petanda yang mereka mempunyai polisi growth mindset bagi kembangkan negara dan rakyat.

Betapa pentingnya ilmu itu kerana pendidikan yang baik dapat membawa kepada kehidupan lebih baik dan mampu membuat keputusan lebih baik.

India dilihat bakal menjadi salah satu kuasa besar ekonomi selain China dan Indonesia. Ini adalah hasil daripada pembangunan aset sumber manusia.

Cuba kita lihat dan bandingkan pula dengan keadaan diri kita sendiri. Adakah sudah buat pengorbanan yang cukup dan ada growth mindset ini?

RIBUAN usahawan yang hadir bagi mendapatkan ilmu & strategi dalam berdepan cabaran dan mengembangkan perniagaan ke tahap lebih tinggi.

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI