fbpx

Aset TLDM perlu dinaik taraf, usia lebih 40 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. REZA ketika hadir Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda TLDM di KD Sultan Ismail, Tanjung Pengelih Kota Tinggi, Johor hari ini.-Foto MASTURAH SURADI

KOTA TINGGI – Kebanyakan aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) perlu dinaik taraf kerana usianya ada yang menjangkau lebih 40 hingga 50 tahun.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd. Reza Mohd. Sany berkata, antara aset yang perlu dinaik taraf adalah kapal peronda generasi baharu (NGPV).

Jelasnya, sebahagian sistem dalam enam kapal yang dibina pada 10 tahun lalu itu sudah rosak perlu diganti namun alat gantinya tidak dapat diperoleh di pasaran.

“Sudah tiba masanya sebenarnya untuk kita tukar sistem pada kapal ini kepada sistem baharu seperti sistem penderia (sensor) dan sistem persenjataaan.

“Tetapi sebagaimana saya sebut semua tertakluk peruntukan disediakan kerajaan. Bukan sahaja NGPV tetapi kapal-kapal lain pun perlu dinaik taraf kerana masalah keusangan kerana lama sangat 40 tahun 50 tahun sebelum saya masuk navy (TLDM).

“Semua aset kita masih boleh digunakan, namun terhad, tertakluk kepada usianya. Selamat digunakan walau apa pun kita tidak berkompromi tentang keselamatan,” katanya selepas Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda TLDM di KD Sultan Ismail, Tanjung Pengelih di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohd. Reza berkata, kerja-kerja pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) dijangka akan dimulakan semula pada awal tahun depan selepas fasa mobilisasinya selesai hujung tahun ini.

Ujarnya, rundingan dengan pihak pengilang asal dan vendor juga telah berlangsung dengan baik.

“Projek LCS masih dalam fasa mobilisasi yang dijangka berakhir hujung Disember ini. Setahu saya, rundingan dengan OEM (pengilang asal) dan vendor-vendor berjalan dengan baik.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI