fbpx

PRU15: Annuar mahu bertanding di tempat sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar (kiri) meninjau barangan jualan PJMKM di Gudang Panji Makmur Trading, Melor di Kota Bharu hari ini. FOTO ROSMIZAN RESDI

KOTA BHARU – Penyandang kerusi Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mahu mengekalkan prinsipnya untuk tidak bertanding di tempat lain selain Ketereh jika ditawarkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu, beliau tetap memilih untuk menawarkan diri dan berkhidmat di tempat kelahirannya sendiri malah tidak berpindah meskipun berdepan kekalahan pada pilihan raya sebelum ini

“Saya sudah buat keputusan untuk tidak mahu bertanding di tempat lain sejak daripada dahulu lagi. Prinsip saya adalah untuk memberi khidmat kepada tempat saya dilahirkan.

“Sekiranya mahu bertanding di Kuala Lumpur atau bertanding di kampung isteri, itu bukan prinsip saya. Ketika saya kalah pun saya tidak berminat (berpindah kawasan),” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) di Gudang Panji Makmur Trading, Melor di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI