fbpx

Tindakan serang PM, institusi kerajaan seperti meludah ke langit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar (kiri) meninjau barangan jualan PJMKM di Gudang Panji Makmur Trading, Melor hari ini. FOTO ROSMIZAN RESDI

KOTA BHARU – Tindakan Menteri atau Timbalan Menteri yang menyerang dan mengkritik Perdana Menteri termasuk institusi kerajaan disifatkan seperti tindakan meludah ke langit.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa berkata, tindakan itu jelas menunjukkan kualiti sebagai seorang pemimpin yang tidak bertangungjawab.

Menurutnya, Menteri dan Timbalan Menteri perlu mendokong kerajaan sedia ada dan jika tidak mahu mengambil tanggungjawab tersebut mereka boleh meletakkan jawatan.

“Meskipun Parlimen dibubarkan, tetapi Menteri dan Timbalan Menteri masih lagi berfungsi sebagai kerajaan sementara. Jadi prinsip ‘collective responsibility’ (tanggungjawab secara bersama) masih lagi berkuatkuasa.

“Bukan semua lari dan tidak mempertahankan apa yang kerajaan lakukan atau tidak memberi penjelasan kepada rakyat,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) di Gudang Panji Makmur Trading, Melor di sini hari ini.

Annuar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang mendakwa Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi gagal kerana tanggungjawab berkenaan diserahkan kepada Menteri yang tiada kaitan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

Mengulas lanjut, Annuar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi berkata, Wan Ahmad Fayhsal mungkin terlupa anggota jawatankuasa itu juga terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaitu Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee dan lima individu lain.

Katanya, tuduhan dan fakta yang dikeluarkan itu jauh tersasar kerana jawatankuasa tersebut baharu dua bulan diwujudkan menangani inflasi dan ia tidak boleh selesai dalam tempoh berkenaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI