fbpx

‘Terima kasih Ebit Lew’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA barangan yang disumbangkan Ebit Lew kepada Penjara Pokok Sena bagi melancarkan proses kuarantin.

KUALA LUMPUR- Jabatan Penjara mengucapkan setinggi penghargaan kepada penceramah terkenal, Ebit Lew berikutan tampil memberikan sumbangan kepada pihak mereka atas semangat kesukarelaan.

Menurut Jabatan Penjara, pihaknya sentiasa mengalu-alukan kerjasama sedemikian bagi meringankan beban kerajaan khususnya dalam menangani pandemik Covid-19 yang melanda institusi penjara.

“Kami bersyukur dan bernasib baik kerana terdapat pelbagai pihak daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan yang tampil menyalurkan bantuan.

“Selain itu, Jabatan Penjara juga memberi jaminan bahawa pihak pengurusan sentiasa mengambil berat dan prihatin terhadap hal ehwal kebajikan kesemua warga kerja,” katanya di sini tadi.

Katanya, sumbangan itu juga merupakan antara amalan biasa yang dijalinkan antara Jabatan Penjara dengan pihak yang memberikan bantuan.

“Jadi, pihak jabatan meminta agar isu berkenaan tidak dipolitikkan bagi tujuan yang boleh memudaratkan maksud asal,” jelasnya.

Terdahulu, Ebit Lew tampil memberikan sumbangan kepada Penjara Pokok Sena, Kedah selepas menerima permintaan untuk membantu warga penjara yang dikuarantin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI