fbpx

PRU15: Tun M sedia kerjasama PN, sanggup lupakan ‘pengkhianatan’ Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tun Dr. Mahathir Mohamad.

PETALING JAYA – Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat sanggup melupakan perbuatan ‘khianat’ Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadapnya bagi membolehkan partinya dan Perikatan Nasional (PN) bekerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bekas Perdana Menteri itu berkata, gabungan tersebut adalah untuk memastikan UMNO kalah dalam PRU15 akan datang dan perkara tersebut akan berlaku sekiranya parti pembangkang menjalinkan kerjasama.

Beliau memilih mengusulkan perkara itu kepada Muhyiddin, namun telah ditolak oleh Pengerusi PN tersebut.

“Kita pun fikir takpalah kalau pun dia (pernah) tikam belakang saya kerana demi bangsa, negara, agama kita, kita sanggup rendahkan diri nak bersama dengan Muhyiddin, walaupun dia buat khianat saya, tak apalah saya boleh lupakan perkara itu.

“Tetapi bila kita cuba nak kerjasama dengan Muhyiddin tetapi dia jawab dia tak nak kerjasama dengan siapa sahaja, bukan main sombong,” katanya ketika berucap pada Program Rapat Umum GTA Kedah, malam tadi.

Pada masa sama, penyandang kerusi Parlimen Langkawi itu mendakwa Muhyiddin yakin PN mampu memenangi PRU15 tanpa perlu menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak.

Tambahnya lagi, Muhyiddin masih berminat untuk memegang semula gelaran Perdana Menteri buat kali kedua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI