PETALING JAYA – Kejohananan Amal Golf Mazda menyumbang RM509,183 kepada Mazda Medicare Fund (MMF) baru-baru ini.
Penganjur kejohanan itu yang merupkan pengedar jenama Mazda di Malaysia, Bermaz Motor dalam satu kenyataan berkata, kejohanan kali ke-8 itu bertujuan untuk mengumpul dana untuk MMF.
Menurutnya, program yang berlangsung di Glenmarie Golf & Country Club di Shah Alam telah disertai 144 peserta.
“Kami terharu dan mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan peserta-peserta, semua penderma dan penaja.
“Semua hasil kutipan sumbangan ini akan disalurkan terus kepada MMF,” katanya.
Tambahnya, penubuhan MMF bertujuan untuk membantu dari aspek perubatan kepada golongan yang tidak bernasib baik di Malaysia.
“Disamping itu ia juga bertujuan untuk membekalkan bantuan kemanusiaan kepada rumah anak-anak yatim dan orang tua serta orang kelainan upaya (OKU),” tambahnya. – KOSMO! ONLINE