fbpx

PRU15: Pilih pemimpin setia, sentiasa ada dengan rakyat – Johari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari

KUALA LUMPUR – Pengundi dinasihatkan supaya menilai dahulu calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) supaya calon itu tidak ‘hilang’ selepas menang.

Ini kerana kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, sebagai wakil rakyat yang dipi­lih, peranan dan tanggungjawab seharusnya dimainkan tidak kira kalah atau menang.

Tanpa menunding jari ke arah mana-mana pemimpin, beliau berkata, seharusnya setiap pemimpin perlu berkhidmat kepada masyarakat setempat dalam apa jua keadaan.

“Pilihan raya ini sesiapa pun boleh bertanding, nasihat saya kepada masyarakat, pengundi Titiwangsa supaya menilai pe­mimpin ini. Kita tidak mahu pemimpin datang waktu pilihan raya dan menang dia cabut atau tak turun padang.

“Kemudian dia bertan­ding, datang sini, dia tak pernah turun. Kita mahu pemimpin yang konsisten, menang pun dia datang, kalah pun dia tetap berkhidmat untuk rakyat,” katanya ketika ditemui pada program Sembang Santai bersama jemaah masjid di Astaka Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan, semalam.

Pada masa sama, Johari yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menyerahkan kepada pengundi untuk menentukan nasib beliau sebagai wakil rakyat kali ini.

Difahamkan, pada PRU kali ini, BN dijangka meletakkan Johari sebagai calon berdepan dengan Khalid Samad mewakili Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menjadi pertaruhan Gerakan Tanah Air (GTA) untuk merebut kerusi Parlimen ber­kenaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI