PETALING JAYA – Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman menawarkan harga baharu banglo mewah miliknya yang terletak di Kota Damansara pada harga RM7 juta.
Terdahulu, Muhammad Sajjad atau lebih mesra dipanggil Sajat meletakkan harga jualan RM9.5 juta, namun masih belum dibeli oleh mana-mana individu.
Menerusi hantantaran di Instagramnya, Nursajatkamaruzzaman sebentar tadi, dia turut menyediakan perkhidmatan sewa banglo dua tingkat tersebut sekitar RM23,000 sebulan.
Bagaimanapun, harga yang ditawarkan masih boleh dirunding mengikut kesesuaian dan budi bicara kedua-dua pihak.
“Harga jualan baharu hanya RM7 juta dan terus dari pemilik, sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi Cik Nadhia,” katanya.
Dalam pada itu, bagi pembeli yang berminat, mereka akan diberikan khidmat peguam serta pengurusan pinjaman bank secara percuma agar proses jual beli berjalan dengan lancar. – KOSMO! ONLINE