fbpx

Polis buru dua suspek belasah lelaki di Flat San Peng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular di laman media sosial yang menunjukkan seorang lelaki mengalami kecederaan akibat dibelasah Rabu lalu.

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan dua suspek warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam kejadian membelasah seorang lelaki dalam kejadian di Flat San Peng di sini pada 26 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, polis turut mengesan satu video berdurasi 48 saat yang menunjukkan seorang individu cedera di bahagian kepala dan muka tular di media sosial pukul 11.53 pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kira-kira jam 10 malam (pada 26 Oktober lalu) membabitkan sekumpulan individu di flat berkenaan.

“Kami ada menerima laporan berhubung kejadian itu pukul 8.59 malam tadi (semalam) dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Noor Dellhan, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.

Jelas Noor Dellhan, motif dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis.

“Sekiranya orang awam terdapat sebarang maklumat berkaitan kes tersebut boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau balai polis berhampiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI