fbpx

PRU15: Pelajar institut KPM dapat cuti lima hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di institut pendidikan guru, kolej matrikulasi, kolej vokasional dan kolej tingkatan enam diberi cuti kelepasan selama lima hari untuk pulang mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan, pelajar-pelajar terlibat akan diberikan cuti pelepasan pada 17 hingga 21 November 2022.

“Ketetapan KPM itu adalah selaras dengan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengenai tarikh hari pengundian PRU15 yang ditetapkan pada 19 November 2022.

“Tempoh pelepasan diberikan ini adalah bagi membolehkan pelajar mempunyai masa mencukupi untuk membuat perjalanan pergi dan balik ke lokasi pusat pengundian masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, ketetapan ini juga sebagai tanda sokongan KPM bagi pelaksanaan Undi 18 yang telah diwartakan oleh kerajaan pada 1 Disember 2021 dan berkuat kuasa mulai 15 Disember 2021.

“Sehubungan dengan ini, semua kelas atau aktiviti melibatkan pelajar dalam tempoh tersebut perlu ditangguhkan ke suatu tarikh lain,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI