fbpx

Pengerusi Majlis Belia Felda Tembangau maut nahas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah pacuan empat roda yang terbabas dan melanggar seorang penunggang motosikal di di Kilometer 49 Jalan Felda Triang 1 - Tembangau semalam.

BERA – Perjalanan konvoi bermotosikal sekumpulan pemuda berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 49 Jalan Felda Triang 1 – Tembangau semalam.

Kejadian kira-kira pukul 5.50 petang itu mengakibatkan mangsa, Mohd Imran Ismail, 27 yang merupakan Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia Tembangau 1 meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Mansor Samsudin berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke Felda Tembangau 1 bersama rakan-rakannya selepas menghadiri Majlis Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran serta Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) di Dataran Kerayong, pada hari yang sama.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, mangsa telah dirempuh sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Storm yang dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Temerloh bagi proses bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di atas kecuaian pemandu Mitsubishi Storm yang hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan hingga menyebabkan kemalangan berlaku.

Katanya, keadaan jalan di lokasi kejadian adalah lurus, namun cuaca hujan dan jalan basah semasa kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI