fbpx

Derita masalah mental, bipolar anak seni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Caprice, Janna Nick dan Haqiem Rusli antara selebriti yang terbuka tentang penyakit kesihatan mental dihidapi mereka.

ISU kesihatan mental dalam kalangan masyarakat kini dilihat semakin membimbangkan.

Golongan selebriti tidak terlepas daripada masalah gangguan mental ini sehingga ada yang terpaksa berehat sementara daripada dunia seni.

Terbaharu, penyanyi rap Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 34, mengakui bergelut dengan masalah kemurungan (anxiety) sejak 16 tahun lalu.

Caprice berkata, dia juga mengalami insomnia sehingga terpaksa bergantung dengan ubat tidur.

Penyanyi yang juga aktivis kemanusiaan itu dalam proses mahu berjumpa pakar bagi mengetahui sama ada dia menghidap Histrionic personality disorder (HPD) ataupun tidak.

Gala minggu ini menyenaraikan beberapa artis yang secara terbuka mengakui berdepan masalah mental.

Sharifah Sakinah

PELAKON Sharifah Sakinah mendedahkan telah mendapat pengesahan lebih daripada seorang doktor tentang masalah kesihatan mental yang dihidapinya.

Pemilik nama sebenar, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al- Khaired, 32, berkata, dia mengambil masa tiga minggu untuk mengesahkan penyakit mental yang dialami.

SAKINAH merupakan penghidap masalah Attention-Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).

Pelakon Aku Yang Kau Gelar Isteri itu mengakui dia menghidap Attention-Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) atau bipolar.

Katanya, ADHD yang dihadapi sejak beberapa tahun lalu sering membuatkan dirinya berfikir bukan-bukan, tergesa-gesa dan sukar mengatur emosi.

Janna Nick

PELAKON popular Janna Nick terpaksa berehat beberapa minggu daripada aktiviti seni April tahun lalu gara-gara berdepan masalah mental.

Janna yang sering mencetuskan kontroversi dalam dunia hiburan mengakui dirinya menghidap penyakit bipolar dan sedang menjalani rawatan dengan mengambil ubat atas nasihat doktor.

Pelakon drama Misteri Mona itu mengakui pernah membuat cubaan bunuh diri sebanyak dua kali pada usia remaja.

Dia juga sering mendengar suara-suara dalaman yang bercakap antara satu sama lain seperti perbincangan kumpulan.

Yasin Sulaiman

PENYANYI dan komposer Yasin Sulaiman pernah membuat pendedahan mengalami masalah bipolar disorder sejak 10 tahun lalu.

Masalah mental yang dihadapi itu menjejaskan kerjaya seninya sebagai anggota kumpulan Brothers sehingga terpaksa bergerak secara solo.

Yasin turut mengejutkan industri hiburan tanah air apabila ditahan akibat kes dadah pada penghujung Mac lalu.

PENYANYI Yasin Sulaiman yang masih berdepan kes dadah mendedahkan menghidap masalah bipolar sejak 10 tahun lalu.

Bagaimanapun, Yasin terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Majistret Petaling Jaya melepas tanpa membebaskan penyanyi itu daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja.

Yasin ketika di penjara menerima rawatan penyakit bipolar di Hospital Sungai Buloh.

Kes dadah penyanyi lagu Mimpi Laila itu masih lagi berjalan.

Haqiem Rusli

SEKITAR tahun 2018, penyanyi popular, Haqiem Rusli pernah mengumumkan mengalami masalah mental sehingga membuat keputusan untuk berhenti menyanyi.

Haqiem mengakui apa yang dilaluinya kesan daripada kritikan netizen yang dihadapi setiap hari.

Bagaimanapun, ramai yang tidak percaya dengan pendedahan penyanyi lagu Tergantung Sepi itu dan menganggap kenyataan tersebut sekadar gimik.

Haqiem kemudian menjalani pemeriksaan kesihatan bersama doktor psikiatri dan disahkan menghidap kemurungan sederhana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI