fbpx

EPL: FA England putuskan Klopp didenda angkara bertelagah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLOPP dikenakan hukuman denda akibat bertelagah dengan pembantu pengadil ketika aksi menentang City sebelum ini. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Li­verpool, Jurgen Klopp didenda £30,000 (RM163,885) selepas bertelagah dengan pembantu pengadil ketika menentang Manchester City pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal bulan ini.

Insiden itu menyebabkan Klopp, 55, dilayangkan kad merah gara-gara tidak berpuas hati penyerangnya, Mohamed Salah tidak diberikan sepakan percuma pada aksi di Anfield tersebut.

“Jurgen Klopp dikenakan denda sebanyak £30,000 (RM163,885) kerana melanggar Peraturan FA (Persatuan Bola Sepak) E3 ketika menentang Manchester City di Anfield pada 16 Oktober 2022.

“Pengurus itu mengakui bahawa kelakuannya pada minit ke-86 adalah tidak wajar dan suruhanjaya kawal selia bebas menjatuhkan hukuman ini semasa perbicaraan dilakukan,” menurut kenyataan pihak FA England.

Biarpun dijatuhkan hukuman dan dilayangkan kad merah, tetapi ia pastinya amat berbaloi buat Klopp kerana menang 1-0 ke atas City menerusi jaringan tunggal Salah dalam aksi itu.

The Reds yang dimalukan kekalahan 0-1 di tangan Nottingham Forest minggu lalu, dijangka bangkit menunjukkan prestasi sebenar apabila menentang Leeds United di Anfield awal pagi esok.

Penyerang sensasi berharga £85 juta (RM464.34 juta), Darwin Nunez kembali berada dalam kesebelasan utama untuk aksi itu selepas namanya tiada dalam senarai pasukan ketika tewas kepada Forest.

Liverpool juga dikatakan bakal mendapat semula khidmat Ibrahima Konate dan Naby Keita untuk perlawanan menentang Leeds tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI