fbpx

EPL: Potter perlu lupakan kenangan lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POTTER sedia untuk memberi peluang kepada Pulisic, Kovacic, Gallagher dan Broja pada aksi EFL menentang City di Stadium Etihad awal pagi esok. - AFP

LONDON – Pengendali Chelsea, Graham Potter berpeluang untuk merekodkan 10 perlawanan berturut-turut tanpa kalah dalam semua kejohanan menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Brighton malam ini.

Ini adalah kali pertama ­Potter, 47, bakal menentang pasukan ­bekas kelabnya sejak melepaskan ­jawatan pengurus Brighton pada 8 September lalu bagi mengisi kekosongan di Chelsea susulan pemecatan Thomas Tuchel.

Ia merupakan tindakan yang tepat dilakukan pengurusan The Blues kerana Potter berjaya mencatat enam kemenangan dan tiga seri daripada sembilan perlawanannya setakat ini.

Ia termasuk memastikan Chelsea menempah tiket ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara sebagai juara Kumpulan E yang turut dihuni oleh AC Milan, RB Salzburg dan Dinamo Zagreb.

Brighton pula mengharungi nasib berbeza apabila pengganti Potter iaitu Roberto de Zerbi masih gagal mencatat kemenangan daripada lima perlawanan setakat ini.

Lebih membimbangkan pengendali dari Itali itu adalah Brighton hanya sekali menang ke atas Chelsea dalam 10 pertemuan kompetitif iaitu dalam saingan Piala FA pada 1993.

“Para peminat tidak seharus­nya terlalu kecewa kerana kami masih mempunyai beberapa ­progres sedang dilakukan sebelum ia mencapai tahap yang dimahukan.

“Buktikannya kami berjaya tunjukkan bagaimana kami ­beraksi dan bertahan menentang salah satu pasukan terbaik di Eropah (Manchester City),” kata tonggak pertahanan Brighton, Joel Veltman. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI