fbpx

Beby Acha tolak diganggu VIP, lelaki gatal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELAIN diganggu VIP, Beby Acha juga kerap menerima kiriman mesej lucah dalam Instagram.

PETALING JAYA – Penyanyi Beby Acha mendedahkan pernah mendapat tawaran ‘nakal’ daripada individu berstatus golongan VIP termasuk Datuk untuk mendekati dirinya.

Bercakap kepada Kosmo! Online, penyanyi berusia 31 tahun itu turut mendedahkan pernah ditanya tentang harga oleh individu tersebut semata-mata untuk mengenalinya.

“Memang ada golongan VIP termasuk individu berpangkat Datuk cuba mendekati saya. Malah ada yang turut bertanyakan tentang ‘harga’. Tapi saya tidak melayan pun,” katanya.

Ujar Beby atau nama lengkapnya Nur Aishah Md. Shari lagi, dia juga sering menerima komen-komen jelik serta gambar berbaur lucah yang dikirim oleh lelaki-lelaki gatal dalam Instagram.

“Ada juga dikacau lelaki-lelaki gatal yang DM (mesej) dalam Instagram. Cuma saya tidak melayan. Pendekatan yang saya buat sekat (block) terus akaun mereka.

“Ada juga yang hantar video bukan-bukan (lucah),” katanya.

Ujar adik kepada penyanyi Allahyarham Achik Spin dan juga kakak kepada Tajul Arif itu, dia enggan melayan perkara-perkara jelik sebegitu kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kerjaya nyanyian.

“Saya berada dalam industri sebagai penyanyi dan mahu memberikan fokus 100 peratus terhadap kerjaya ini. Itu sahaja,” katanya.

Ketika disoal tentang status dirinya, Beby yang ditemui pada majlis minum petang bersama artis bawah naungan syarikat rakaman Rusa Music baru-baru ini bagaimanapun enggan untuk berkongsi perkara itu secara terbuka.

“Insya-Allah. Doakan yang baik-baik sahaja,” katanya ringkas.

Terbaharu, selepas cemerlang menerusi lagu Jaga-Jaga bersama kumpulan Azzara Band sehingga mencatat jumlah tontonan dalam YouTube mencecah 23 juta, Beby kini tampil dengan sebuah lagu juga bersama band itu berjudul Semaian Cinta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI