fbpx

Pemandu rentung dalam kebakaran kereta di Kabong, Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta Kia Sorento terbakar di Jalan Nyabor, Kabong semalam.

SARATOK – Seorang pemandu ditemui rentung dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah kereta di Jalan Nyabor, Kabong semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok, Muhd. Shukur Jamaluddin berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 11.01 malam.

“Setibanya di lokasi kejadian, kami mendapati sebuah kereta jenis Kia Sorento musnah terbakar sepenuhnya.

“Hasil pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati terdapat seorang mangsa berada di tempat duduk pemandu kereta, terbakar dan telah meninggal dunia,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal sekitar pukul 11.50 malam.

“Buat masa ini, identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Saratok untuk siasatan lanjut, ” katanya.

Bagaimanapun, punca kejadian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI