fbpx

Dadah lebih RM126 juta dirampas sejak Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Yusri (tengah) menunjukkan rampasan berbentuk cecair kimia di IPK Perak, Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Polis Perak merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai lebih RM126 juta sepanjang tempoh sembilan bulan tahun ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, anggaran berat dadah yang dirampas berjumlah 2,372 kilogram (kg) membabitkan dadah jenis syabu, ketamin, ganja dan heroin.

Katanya, turut dirampas 141 biji pil estacy, 500 biji pil yaba dan 703 biji pil eramin 5.

“Dalam tempoh sembilan bulan tahun ini, lebih 10,086 orang diambil tindakan termasuk seramai 1,868 orang diambil tindakan kerana terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.

“Bagi tempoh sama juga, seramai 4,884 orang telah dikenakan tindakan kerana memiliki dadah manakala 3,200 orang pula positif dadah,” katanya dalam sidang akhbar pada program pelupusan barang kes Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Mohd. Yusri berkata, bagi tempoh Januari hingga September lalu, sebanyak 5,204 kertas siasatan telah dibuka di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 5,040 kertas siasatan telah dituduh iaitu pencapaian sebanyak 97 peratus,” katanya.

Sementara itu beliau berkata, pelbagai jenis dadah bernilai RM4.8 juta dilupuskan membabitkan 4,845 kertas siasatan yang telah selesai perbicaraan sejak tahun 2003 hingga kini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI