fbpx

Bapa, anak maut motosikal terbabas bertembung MPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di lokasi kemalangan dua beranak maut di Jalan Padang Menora, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Dua beranak maut selepas motosikal yang ditunggang mereka terbabas dalam kejadian di Jalan Padang Menora, Tasek Gelugor di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi itu, mangsa yang berusia 46 tahun dikatakan dalam perjalanan menghantar anak lelakinya berumur 15 tahun ke sekolah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad berkata, sebaik tiba di lokasi, motosikal yang ditunggang dua beranak itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh ke laluan bertentangan.

“Pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) yang memandu dari arah Penanti ke Kepala Batas cuba mengelak, namun terlanggar motosikal yang dinaiki mangsa.

“Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mayat dua beranak tersebut telah dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) dan bedah siasat akan dijalankan selepas menerima keputusan ujian calitan Covid-19.

Tambahnya, polis akan menjalankan siasatan kemalangan itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI