fbpx

Elak cemburu, Yusuf Bahrin bawa isteri bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KATA Yusuf, sejak berkahwin dia sudah meletakkan batas dalam lakonan apabila tidak melakukan babak bersentuhan dengan pelakon wanita.

KUALA LUMPUR – Pelakon Yusuf Bahrin mengakui sering membawa isterinya, penyanyi Zizi Kirana ke set penggambaran bagi mengelakkan rasa cemburu yang mungkin timbul.

Yusuf, 30, berkata, sebagai suami dia bertanggungjawab untuk menjaga hati isteri dan menerangkan keadaan sebenar.

“Sebenarnya saya yang ajak dia, kasihan isteri duduk seorang diri di rumah. Lebih baik dia tengok saya ada di depan mata.

“Dia tiada masalah cemburu. Biasalah perempuan kalau cemburu sikit-sikit, itu lumrah. Kalau kita mesra sangat dengan perempuan lain dia akan rasa lain.

“Kita sebagai suami kena terangkan. Bagi saya manusia normal memang ada perasaan itu. Cuma itu cara saya untuk mengelakkannya dengan selalu bawa dan hubungi dia,” ujarnya.

Dalam pada itu, Yusuf juga mengakui selepas berkahwin dia meletakkan batas dalam lakonannya seperti tidak bersentuhan atau berpelukan dengan wanita.

“Cabaran dalam drama ini saya kena berjaga-jaga untuk elak babak bersentuhan sebab saya dah kahwin.

“Kalau dulu saya free and easy tapi bila dah kahwin kena lebih berhati-hati demi jaga hati isteri juga.

“Saya akan pegang atau tarik baju saja kalau ada babak yang perlu bersentuhan. Kalau babak romantik saya minta teknik kamera,” ujarnya.

Untuk rekod, Yusuf berkahwin dengan Zizi Kirana pada 19 September tahun lalu.

Yusuf ditemui pada sidang media drama Jesnita yang diadakan di TGV Sunway Velocity, semalam.

Jesnita turut dibarisi pelakon popular lain seperti Intan Najuwa, Nasha Aziz, Fikry Ibrahim, Malek Maccrone dan Fathia Latiff.

Drama 40 episod tersebut akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat bermula 7 November ini di Astro Prima. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI