fbpx

Curi baja : Punca kematian akibat kecederaan tulang belulang, jantung fibrosis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Yusri bercakap pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Punca kematian lelaki yang maut selepas insiden pergaduhan berkaitan kes curi baja di Bagan Tiang, Tanjung Piandang pada Isnin lalu adalah akibat kecederaan tulang belulang dan jantung fibrosis.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, punca kematian itu diketahui selepas proses bedah siasat dijalankan ke atas mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Selasa lalu.

“Berdasarkan bedah siasat, kecederaan tulang belulang dialami mangsa berusia 47 tahun itu berpunca akibat hentakan objek tumpul dan keras seperti batu, kayu atau besi.

“Pemeriksaan juga mendapati arteri koronari kiri mangsa tersumbat akibat atherosklerosis yang hanya mempunyai bukaan sebesar lubang pin pada lumennya,” katanya ketika ditemui pada program pelupusan barang kes Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Menurut Mohd. Yusri, pihaknya sedang melengkapkan siasatan kes berkenaan di mana suspek tersebut telah pun ditahan reman tujuh hari hingga Isnin depan.

“Kita sedang giat melengkapkan siasatan kes ini sebelum kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,” katanya.

Menerusi laporan media pada Isnin lalu, seorang lelaki dikatakan rebah di tepi jalan selepas terlibat pergaduhan dengan suspek berusia 40 tahun dalam kejadian pada pukul 5 petang.

Mangsa yang tidak sedarkan diri itu kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Punca pergaduhan adalah disebabkan mangsa menuduh suspek mencuri baja miliknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI