PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu diramalkan dilanda hujan lebat dan ribut petir sehingga pukul 10 pagi ini.
Selain itu Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataannya berkata, cuaca buruk sama turut berisiko berlaku di Sabah.
“Hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Kelantan meliputi Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh, manakala di Terengganu melibatkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.
“Sementara itu di Sabah, ribut petir diramalkan hanya berlaku di daerah Kudat sahaja,” katanya.
MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE