fbpx

PRU15: BN Perak umum calon Rabu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (kanan) bercakap pada sidang akhbar di Ipoh hari ini.

IPOH – Barisan Nasional (BN) Perak akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding di 24 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Rabu depan.

Pengerusinya, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pengumuman itu dibuat selepas senarai penuh calon bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diperoleh daripada BN pusat.

“Saya jangka senarai (calon) mungkin akan sampai ke tangan pada 1 November, jadi pada 2 November, kita sudah boleh buat pengumuman.

“Kita di Perak akan cuba untuk membuat pengumuman lebih awal, memandangkan pada Jumaat iaitu 4 November merupakan Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, jadi kita akan buat lebih awal,” katanya.

Saarani ditemui selepas menyaksikan memorandum persefahaman (MoU) antara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan YTL Communications Sdn Bhd dalam projek liputan rangkaian 5G di bandar raya Ipoh di Dewan Mesyuarat MBI di sini hari ini.

Dalam majlis sama, turut diadakan Mou bersama Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) bagi projek pembangunan industri buluh dan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) bagi perjanjian usaha sama pembangunan di kawasan Gunung Masoorat.

Menurut Saarani, parti-parti bertanding diingatkan supaya mengikut peraturan ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) terutama dalam aspek pemasangan bahan kempen seperti bendera dan gegantung.

Katanya, di sesetengah kawasan telah meriah dihiasi pemasangan bahan seumpama itu sedangkan belum memasuki tempoh berkempen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI