fbpx

100 MIYE iktiraf usahawan muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHUA (dua dari kiri) bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar (dua dari kanan) pada majlis penganugerahan 100 MIYE di Subang Skypark baru-baru ini.

PETALING JAYA – Anugerah The 100 Most Influential Young Entrepreneurs (100 MIYE) dan menobatkan usahawan muda sebagai ikon telah berjaya memberi semangat kepada golongan tersebut cuba merebut anugerah berprestij itu.

Pengerusi penganjuran acara­ 100 MIYE, Datuk KK Chua ber­kata, ia adalah platform untuk mengiktiraf usahawan muda yang telah berusaha gigih, mencatat kejayaan cemerlang, bersemangat dan berinovatif dalam perniagaan yang diusahakan.

“Hanya mereka yang mempunyai sikap yang betul, keazaman dan kesungguhan dalam perniagaan yang diusahakan akan beroleh kejayaan,” katanya dalam kenyataan bersempena penganjuran 100 MIYE di Subang Skypark, Private Air Hanger, Subang baru- baru ini.

Terdahulu, anugerah ini pernah dimenangi penggiat seni dan selebriti terkenal tanah air antaranya, Datuk Dr Sheikh Muszaphar, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Nicole David, Datuk Lee Chong Wei, Shila Amzah dan Fattah Amin.

Chua menerangkan, 100 ­MIYE bukan sekadar pemberian anugerah tetapi membina komuniti usahawan bagi berkongsi pandangan dan pendapat dalam bidang perniagaan.

Antara kriteria pencalonan anugerah tersebut adalah calon mesti berusia 45 tahun ke bawah, berjawatan Ketua Pegawai Eksekutif atau Pe­ngarah Urusan, berada dalam pe­ngurusan syarikat minimum dua tahun dan memiliki kepentingan kawalan majo­riti syarikat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI