fbpx

Tergamak buang janin dalam tandas masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kariza menunjukkan gambar janin yang dijumpainya di dalam sebuah tandas wanita Masjid Labohan, Kerteh, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang pekerja am tergamam menemukan janin cukup sifat bersama uri sewaktu melakukan kerja-kerja pembersihan tandas wanita di Masjid Kampung Labohan, Kerteh di sini hari ini.

Kariza Muda, 49, memberitahu, dia menemui janin dianggarkan berusia empat bulan itu di lantai tandas wanita berkenaan pada pukul 12.15 tengah hari.

“Saya ternampak objek tersebut sewaktu mahu memulakan kerja-kerja mencuci berkenaan.

“Walaupun kecil, janin tersebut sudah mempunyai struktur kepala, tangan dan kaki yang lengkap. Terkedu saya sebentar melihatnya,” katanya ketika ditemui di Masjid Labohan, Kerteh di sini hari ini.

Kariza berkata, dia kemudiannya memaklumkan penemuan janin tersebut kepada ahli jawatankuasa masjid berkenaan dan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superitendan Hanyan Ramlan berkata, pemeriksaan pihaknya yang tiba di lokasi kejadian pada pukul 3 petang mengesahkan objek itu janin.

Tambah beliau, janin tersebut telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk tindakan lanjut.

“Pemeriksaan televisyen litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kawasan masjid sedang dilakukan selain klinik-klinik berhampiran bagi mengesan wanita yang keguguran.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI